FAIL Muhamad Sulaiman
FAIL Muhamad Sulaiman
Siti Nor Hidayatidayu Razali


SERATUS empat puluh metrik tan minyak masak subsidi akan dijual secara terus kepada pengguna di seluruh Kelantan sempena Ramadan.

Minyak masak subsidi itu akan mula dijual di Bachok dan Pasir Puteh, bermula esok.

Jualan berkenaan akan dibuat oleh pembekal dan pemborong yang dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun, berkata bekalan minyak masak itu akan dijual secara terus kepada pembeli di kawasan tumpuan termasuk pasar besar dan bazar Ramadan di semua daerah.

"Bermula esok di Bachok dan Pasir Puteh sebelum ke daerah lain setiap hari sehingga Ramadan.

"Jualan ini bagi memastikan bekalan minyak masak sampai kepada semua pengguna dan dijual RM2.50 sekilogram.

“Pengguna boleh beli minyak masak tanpa had," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Telaga Alor, Tendong sempena Program Lestari Hijau Friends Of KPDNKK, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan untuk memastikan minyak masak sampai kepada pengguna dan mengelakkan ia dijual kepada warga asing.

Selain itu, katanya, pembekal dan pemborong juga akan membawa bekalan gula dan gandum untuk dijual kepada pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 12:33 PM