Ab Ghani diiringi Pengurus Mydin Mall Kawasan Wilayah Timur, R S Naidu (kiri) memeriksa senarai harga minyak bersubsidi yang dijual di Mydin Mall Kubang Kerian. FOTO Zaman Huri Isa
Ab Ghani diiringi Pengurus Mydin Mall Kawasan Wilayah Timur, R S Naidu (kiri) memeriksa senarai harga minyak bersubsidi yang dijual di Mydin Mall Kubang Kerian. FOTO Zaman Huri Isa
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Orang ramai hanya boleh membeli dua kilogram minyak masak bersubsidi bagi paket sekilogram dalam tempoh dua minggu ini bagi menangani masalah bekalan tidak mencukupi di negeri ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, masalah itu berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, pengguna boleh mendapatkan minyak masak di 48 pasar raya di seluruh negeri bermula hari ini.

"Tempoh itu bagi memastikan bekalan minyak masak yang dijual di semua pasar raya cukup dan hanya membenarkan dua paket saja dijual kepada seorang pengguna.

"Kita akan menempatkan pegawai penguat kuasa KPDNKK di pasar raya bagi melakukan pemantauan.

"Pihak kita sudah bermesyuarat bersama pemborong dan pembungkus supaya menyediakan bekalan yang mencukupi bagi keperluan pengguna," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 4:43 PM