Ab Ghani (kiri) menyaksikan proses jual beli minyak masak di Pusat Khidmat Masyarakat Rantau Panjang. Turut serta Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasim (topi merah). FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
Ab Ghani (kiri) menyaksikan proses jual beli minyak masak di Pusat Khidmat Masyarakat Rantau Panjang. Turut serta Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasim (topi merah). FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
Mohamad Zulhairie Manzaidi


SEJAK Sabtu lalu, sebanyak 60,000 kilogram (kg) minyak masak sudah dijual secara terus daripada pengilang kepada penduduk di enam daerah di Kelantan.

Jualan secara terus itu ialah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memastikan rakyat menerima bekalan itu sempena Ramadan.

Pengarah KPDNKK Kelantan Datuk Ab Ghani Harun berkata, pihaknya juga akan meneruskan fasa kedua program itu selepas selesai agihan peringkat pertama.

"Ketika ini kita sudah agihkan ke Bachok, Pasir Puteh serta jualan serentak di Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krai dan Ketereh.

"InsyaAllah akan ada fasa kedua dalam bulan Ramadan nanti dengan jumlah yang sama iaitu 10,000kg bagi setiap jajahan. Keseluruhannya ada 10 jajahan di Kelantan," katanya ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Rantau Panjang di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap pengguna dibenarkan membeli 4kg minyak masak menerusi kupon yang diberikan.

"Harga ditawarkan iaitu RM2.50 sekilogram berbanding dijual di kedai runcit iaitu RM3 sekilogram. Jadi saya berharap orang ramai tidak lepaskan peluang ini," katanya yang memberi jaminan bekalan minyak masak mencukupi sepanjang perayaan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 7:12 PM