Henry ketika lawatan di kilang pembungkusan minyak masak Link Holders Group Of Companies di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu, petang tadi. FOTO Syamsi Suhaimi
Henry ketika lawatan di kilang pembungkusan minyak masak Link Holders Group Of Companies di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu, petang tadi. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Walaupun Kelantan menerima minyak masak bagi paket satu kilogram (kg) bersubsidi sebanyak 2.4 juta tan metrik sebulan, namun bekalannya masih terputus ekoran pembelian panik pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata, bekalan minyak masak diberikan mengikut populasi penduduk di sesebuah negeri.

Katanya, bekalan yang diberikan itu mencukupi, namun pengguna yang bertindak membeli dalam kuantiti banyak menyebabkan bekalan cepat habis di pasaran.

"Mengikut kiraan, jumlah penduduk di negeri ini seramai 1.6 juta dan setiap keluarga mendapat bekalan sebanyak 1.5 kilogram (kg). Minyak masak subsidi ini sepatutnya mencukupi.

"Untuk memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan sampai kepada golongan sasar, pegawai yang bertugas akan membuat pemantauan di pasaran dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media sempena Lawatan ke Kilang Pembungkusan Minyak Masak di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 6:27 PM