Oleh Wahi Aziz

wahiduzzaman@hmetro

Kuala Lumpur: “Saya tak sebut pun mengenai filem itu? Siapa kata saya kritik filem itu? Orang yang hentam saya yang beranggapan kononnya saya kutuk filem itu.”

Itu kata pengarah dan penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri berhubung kritikan yang diterimanya daripada segelintir pelakon dan penggiat industri berikutan kritikannya terhadap filem terbaru yang dilihat memperlekehkan Melayu, dipercayai merujuk kepada Lelaki Harapan Dunia.

Ahmad Idham, 43, berkata, cemuhan terhadapnya adalah perkara yang tidak perlu dilayan penggiat berpengalaman sepertinya.

“Bukan tahap saya layan benda remeh-temeh macam itu. Mereka yang bercakap itu tak tahu hujung dan pangkal pun sama ada kritikan saya itu merujuk pada filem apa.

“Tindakan mereka mencemuh saya tanpa asas menunjukkan tahap kebijaksanaan mereka sama ada bijak atau tidak bijak. Jadi tak payahlah nak tunjuk handal dengan menghentam saya memberikan pandangan mengenai filem,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:45 AM