PEKIN menafikan mat motor adalah mat rempit.
PEKIN menafikan mat motor adalah mat rempit.
ANTARA babak filem Mat Moto
ANTARA babak filem Mat Moto
ANTARA babak filem Mat Moto
ANTARA babak filem Mat Moto
ANTARA babak filem Mat Moto
ANTARA babak filem Mat Moto
ANTARA babak filem Mat Moto
ANTARA babak filem Mat Moto
Syanty Octavia Amry


Pertama kali mengarah filem bukan alasan untuk Pekin Ibrahim berasa gentar dengan pasaran yang suram.

Anak jati Kelantan ini yakin karya yang diketengahkan itu mampu menarik perhatian pencinta filem tempatan.

Memilih kisah hidup ‘mat motor’, karya arahan bersama Syafiq Yusof itu adalah terbitan syarikatnya iaitu Viper Studios dengan kerjasama Skop Production Sdn Bhd dan Fimtab Professional Film.

Turut membintangi filem ini, Pekin berpuas hati apabila ideanya mendapat sokongan pelbagai pihak.

Jelas Pekin, filem ini dekat dengan hatinya kerana dia juga pencinta motosikal.

“Idea asal filem ini adalah daripada saya sendiri. Saya memilih kisah hidup mat motor kerana itulah saya.

“Saya juga mahu jelaskan kepada masyarakat bahawa mat motor bukan mat rempit sebaliknya mereka pencinta motosikal.

“Saya bersyukur kerana ramai menyokong hasrat saya merealisasikan filem ini sudi membantu,” katanya.

Mengulas judul filemnya yang sama dengan karya terbitan Ahmad Idham, Pekin tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana percaya penonton semakin bijak menilai.

“Jalan cerita kami berbeza dan saya yakin peminat tahu mana filem saya dan mana filem Ahmad Idham.

“Saya tidak gusar dan sentiasa positif dengan apa juga sambutan yang bakal diterima. Saya dapat banyak maklum balas positif daripada peminat di Instagram dan terharu dengan sokongan mereka,” katanya.

Tidak hanya sama tajuk, tarikh tayangan juga tidak jauh antara satu sama lain. Ketika perkara itu dibangkitkan, Pekin ternyata tidak bimbang.

“Saya yakin dengan apa yang sudah dirancang. Lagipun tujuan utama saya adalah ingin berkongsi kisah kehidupan mat motor dengan orang ramai.

“Saya mahu tepis persepsi segelintir masyarakat mat motor adalah mat rempit. Ia tidak benar sama sekali dan kerana itulah saya menggunakan tagline ‘Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’ untuk filem ini,” katanya.

Filem Mat Moto bakal menggegarkan pawagam seluruh tanah air bermula 14 Januari depan.

Selain Pekin, Mat Moto turut dijayakan ramai pelakon handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Falisha Crosley dan Kamarool Yusof.

Sinopsis

Mat Moto mengisahkan AL, pemilik syarikat suntingan filem menjelajah empat negeri bagi menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

AL mencari empat topi keledar yang menjadi buruan penggemar motosikal. Turut serta dalam misi itu adalah pelajar praktikal, Sikha.

Dua insan itu jatuh cinta, namun Sikha menyembunyikan rahsia yang boleh menggugat hubungan mereka.

Apakah rahsia itu? Berjayakah mereka menamatkan pengembaraan mencari helmet itu? Semuanya dapat disaksikan dalam filem Mat Moto yang menjanjikan kepuasan maksima buat penonton khususnya pencinta motosikal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 11:18 AM