AFP

Baitulmaqdis: Iran melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu ke arah Israel dan serangan itu 'berterusan', kata jurucakap tentera Israel pada awal pagi ini.

"Rejim di Iran menghantar sejumlah besar lebih 200 dron pembunuh, peluru berpandu balistik dan peluru berpandu jenis 'cruise missile'," kata Laksamana Muda Daniel Hagari dalam kenyataan.

Menurutnya, setakat ini pihaknya berjaya memintas sebahagian besar peluru berpandu yang masuk.

SISTEM antipeluru berpandu beroperasi selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel,  yang dilihat dari Ashkelon, Israel. FOTO Reuters.
SISTEM antipeluru berpandu beroperasi selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel, yang dilihat dari Ashkelon, Israel. FOTO Reuters.

Turut dilapor seorang kanak-kanak cedera dalam serangan itu.

Iran berikrar membalas dendam atas apa yang disebutnya sebagai 'jenayah April dalam serangan Israel ke atas konsulat Damsyik'.

Israel bagaimanapun tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab ke atas serangan konsulat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 9:04 AM