SISTEM anti peluru berpandu beroperasi selepas serangan Iran ke atas Israel hujung minggu lalu. FOTO  Reuters.
SISTEM anti peluru berpandu beroperasi selepas serangan Iran ke atas Israel hujung minggu lalu. FOTO Reuters.
Agensi

Riyadh: Arab Saudi tidak terbabit dalam sebarang tindakan memintas serangan dron dan peluru berpandu Iran terhadap Israel, hujung minggu lalu.

Sumber terdekat kerajaan menafikan dakwaan portal berita Israel bahawa kerajaan Saudi bersama-sama dalam gabungan pertahanan Israel terhadap serangan Iran.

Portal terbabit menerbitkan kenyataan demikian memetik sumber yang dikaitkan dengan laman web rasmi Saudi.

"Tiada mana-mana laman web rasmi yang menyiarkan kenyataan mengenai penyertaan Arab Saudi dalam memintas serangan terhadap Israel," kata sumber itu kepada Al Arabiya yang dilapor Arab News.

Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke arah Israel bermula lewat malam Sabtu hingga Ahad, sebagai tindak balas terhadap Israel yang didakwa menyerang konsulatnya di Damsyik, 1 April lalu yang mengorbankan tujuh orang.

Tehran menegaskan serangan itu menyasarkan sumber ketenteraan, manakala tentera Israel mengumumkan berjaya memintas 99 peratus peluru berpandu Iran

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 2:20 PM