FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Bernama-Xinhua

New Delhi: Kerajaan India berkata sepanjang tahun lepas sebanyak 3,210 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk dan sejumlah 2,109 penerbangan lagi terpaksa dibatalkan berikutan masalah teknikal.

Maklumat itu dibentangkan oleh Menteri Penerbangan Awam V. K. Singh dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Minggu lepas, pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi mula menaik taraf landasan kedua untuk memastikan operasi yang lebih lancar ketika cuaca buruk, terutama semasa musim sejuk.

Langkah itu pastinya akan melegakan penumpang yang mengalami kelewatan penerbangan di lapangan terbang New Delhi pada musim sejuk akibat kabus tebal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2024 @ 5:08 PM