WANITA Iran ketika menyertai demonstrasi prohijab di Tehran pada 12 Julai lalu. FOTO AFP
WANITA Iran ketika menyertai demonstrasi prohijab di Tehran pada 12 Julai lalu. FOTO AFP
BERNAMA

Tehran: Pihak berkuasa Iran menutup ibu pejabat peruncit dalam talian terbesar di negara itu kerana enggan mematuhi peraturan berhijab, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bangunan peruncit Internet Digikala di Tehran sudah ditutup, lapor akhbar Shargh pada Ahad.

Sebelum itu, tersiar foto sekumpulan kakitangan Digikala, termasuk beberapa wanita tidak berhijab.

Pengguna masih boleh membuat pesanan secara dalam talian.

Selama berbulan-bulan, ramai wanita mengabaikan peraturan mengenai pakaian yang mematuhi syariat Islam yang dikuatkuasakan di Iran.

Susulan itu, awal bulan ini polis mula membuat rondaan yang sebelum ini dihentikan susulan protes besar-besaran di bandar-bandar besar tahun lepas bagi menguatkuasakan peraturan berhijab.

Rondaan di seluruh negara itu bertujuan untuk mengesan mereka yang melanggar peraturan. Draf undang-undang juga memperuntukkan hukuman yang lebih keras kepada individu yang ingkar.

Protes besar-besaran tercetus pada musim luruh 2022 terhadap kepimpinan politik dan agama negara itu, susulan kematian wanita Kurdish Iran Mahsa Amini, yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan kerana melanggar peraturan berpakaian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2023 @ 11:53 AM