AMIRUDIN  (tengah) menyaksikan penyerahan kutipan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC oleh  Najwan (tiga dari kiri) kepada  Johan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar

Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan jumlah keseluruhan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM76,490.06.

Menurutnya, 100 peratus hasil sumbangan itu akan diserahkan kepada Selangor FC bagi membantu mereka memperjuangkan keadilan hingga ke peringkat tertinggi.

"Berdasarkan kepada sambutan memberangsangkan diterima kami dapat melihat bagaimana sokongan kuat yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang turut sama tidak bersetuju dengan apa yang sedang berlaku di dalam Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 9:47 PM