PENUMPANG metro di Iran. FOTO fail Reuters
PENUMPANG metro di Iran. FOTO fail Reuters
AFP

Tehran: Wanita yang tidak memakai hijab dilarang menggunakan pengangkutan awam metro di Mashhad, lapor media tempatan pada Rabu.

Sejak revolusi Islam pada 1979, undang-undang Iran mewajibkan semua wanita tidak mengira kewarganegaraan dan agama untuk berhijab.

Tetapi ramai yang menolak sekatan itu, sejak dua dekad lalu, dengan membenarkan penutup kepala mereka yang mendedahkan belakang rambut terutamanya di Tehran dan bandar utama lain.

Timbalan Pendakwa Raya Mashhad menulis surat kepada gabenor bandar itu untuk menuntut wanita yang tidak memakai penutup kepala Islam dilarang daripada mengakses metro," kata Kelab Wartawan Muda (YJC), sebuah agensi berita yang dikaitkan dengan televisyen negara yang menerbitkan salinan surat pada 26 Jun.

Tindakan undang-undang akan dikenakan bermula 6 Julai ini, menurut surat berkenaan.

Mashhad sebuah bandar di timur laut di wilayah Razavi Khorasan dengan populasi tiga juta penduduk yang menjadi antara lokasi kuat pegangan syiah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 12:09 PM