Anak gajah yang mati selepas separuh belalainya dipotong. - FOTO Agensi
Anak gajah yang mati selepas separuh belalainya dipotong. - FOTO Agensi
AFP

Banda Aceh: Seekor anak gajah mati selepas kehilangan separuh belalainya yang termasuk dalam perangkap pemburu haram.

Anak gajah berusia setahun itu mengalami jangkitan serius, dua hari selepas ditemui penduduk Aceh Jaya walaupun terdapat usaha untuk menyelamatkannya dengan memotong belalai yang cedera.

"Kami tidak dapat menyelamatkannya kerana kecederaannya sangat serius.

"Kami sudah lakukan yang terbaik," kata Ketua Agensi Pemuliharaan Alam Aceh, Agus Arianto.

Penebangan hutan yang berleluasa menyebabkan habitat haiwan terganggu dan mengakibatkan konflik dengan manusia.

Agensi berkenaan menganggarkan hanya 500 gajah Sumatera yang masih hidup ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 8:10 PM