ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat seorang Lelaki yang memanjat pencawang elektrik di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman. FOTO Wan Nabil Nasir
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat seorang Lelaki yang memanjat pencawang elektrik di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman. FOTO Wan Nabil Nasir
Zuliaty Zulkiffli


Jitra: Lelaki bertindak berani dengan memanjat pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga menimbulkan ketakutan orang ramai di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, di sini hari ini.

Aksi lelaki terbabit memanjat pencawang bagaikan Spiderman itu turut dirakam orang awam yang memenuhi kawasan itu dan boleh membahayakan nyawanya kerana arus voltan elektrik yang tinggi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.17 petang.

"Operasi penyelamatan masih dilakukan ketika ini.

"Sehingga jam 8.30 malam ini, operasi penyelamatan masih dilakukan. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 9:25 PM