Keadaan gempa yang memusnah sebahagian bangunan di Aceh. FOTO Reuters
Keadaan gempa yang memusnah sebahagian bangunan di Aceh. FOTO Reuters


Banda Aceh: Lebih 20 dilaporkan maut dalam gempa bumi 6.4 magnitud di Pidie Jaya, Aceh, awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Daerah Pidie Jaya Said Mulyadi berkata, sebahagian mangsa adalah kanak-kanak dan daerah ini antara yang paling teruk di landa gempa bumi kali ini.

Bagaimanapun, jumlah yang maut tidak dapat ditentukan lagi berikutan semua hospital di bandar Aceh tidak mampu menampung pesakit.

Sementara itu, Ketua Pendidikan Daerah Pidie, Murthala berkata, Hospital Kota Sigli, Pidie dipenuhi pesakit yang mahu mendapatkan rawatan.

“€œMereka yang datang dianggarkan ratusan tetapi hospital ini tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai,”€ katanya.

Agensi Meteorologi, Kajicuaca dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi 6.4 skala richter yang terjadi di wilayah Aceh berpusat di darat pada kedalaman 15 kilometer dan 106 kilometer tenggara Kota Banda Aceh.

Daerah yang teruk terjejas adalah Pidie Jaya dengan puluhan bangunan roboh dan 20 dilaporkan maut. - Kompas

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 12:16 PM