GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Banda Aceh: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana memperkosa kekasih yang juga jirannya bakal berdepan dikenakan hukuman sebat 200 kali.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan kerana didakwa merogol kekasihnya berusia 18 tahun.

Mangsa juga dikatakan tinggal di kawasan penempatan yang sama dengan suspek di Aceh Timur.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Aceh Timur, Agusman Said Nasution berkata, suspek, bagaimanapun masih tidak mengakui perbuatannya.

Suspek juga sempat melarikan diri selepas wakil keluarga mangsa datang untuk menuntut supaya dia menikahi gadis terbabit.

Kejadian itu berlaku pada Mei lalu selepas ibu mangsa melihat perubahan fizikal pada anaknya.

Selepas didesak mangsa akhirnya mengakui dirogol suspek dan keluarganya kemudian membuat laporan polis pada 16 Oktober lalu.

Mengikut undang-undang jenayah Aceh, suspek boleh dikenakan sebatan minimum 150 kali dan maksimum 200 kali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 10:12 AM