NORZANA Hanim.
NORZANA Hanim.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seorang kru kabin Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun.

Syarikat penerbangan itu menerusi satu kenyataan mengesahkan kematian kru kabin berkenaan, Norzana Hanim Hamzah.

"Norzana sedang bertugas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

"Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi bantuan sewajarnya," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kematian kru kabin berkenaan.

"Punca kematian belum dapat disahkan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH berkemungkinan dia jatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 10:07 PM