Masjid Pidie Jaya, yang turut runtuh. - Foto AP
Masjid Pidie Jaya, yang turut runtuh. - Foto AP
Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan di Lueng Putu, Pidie Jaya (Foto ANTARA/REUTERS) dan gambar kanan, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan di Pidie Jay (Foto AFP)

Pasukan perubatan menyusun mayat mangsa gempa di hopsital di Pidie Jaya dan gambar kanan, seorang penduduk meratapi kematian anggota keluarganya. - Foto AFP
Pasukan perubatan menyusun mayat mangsa gempa di hopsital di Pidie Jaya dan gambar kanan, seorang penduduk meratapi kematian anggota keluarganya. - Foto AFP
Agensi

Banda Aceh: Jumlah korban gempa bumi yang melanda Aceh pagi ini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 54 orang dengan ratusan lagi cedera selepas pasukan penyelamat mengalihkan runtuhan bangunan dan menemui mayat tertimbus.

Menurut AFP, jurucakap agensi bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho berkata: “Setakat ini 54 orang disahkan terbunuh dengan 73 mangsa cedera parah dan lebih 200 lagi cedera.

“Jumlah korban dan mungkin mangsa yang cedera dijangka bertambah berdasarkan tahap kemusnahan yang teruk.”

Pusat pengumpulan data United States Geological Survey (USGS) menyatakan, gempa bawah laut itu berlaku pada 5:03 pagi waktu tempatan (2203 GMT) berpusat 10 kilometer di utara Reuleut, sebuah pekan di utara Aceh, pada kedalaman 17 kilometer.

Reuters melaporkan Pemerintah tentera Indonesia di Aceh, Mejar Jeneral Tatang Sulaiman, berkata 52 mangsa terbunuh di Pidie Jaya, daerah paling hampir dengan pusat gempa dan dua lagi mangsa di daerah Bireuen

Pekan Meureudu dalam daerah Pidie Jaya, paling teruk terjejas dengan puluhan bangunan, termasuk masjid, kedai dan rumah runtuh atau rosak teruk.

Pasukan penyelamat bekerja keras mengalihkan runtuhan, sesetengahnya menggunakan tangan bagi mencari mangsa yang terperangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 3:42 PM