GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah bilik di Apartmen Lestari, Damansara Damai, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.23 malam.

Menurutnya, 18 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sunga Buloh dan BBP Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat empat yang terbakar di bahagian bilik.

"Anggaran kemusnahan adalah 50 peratus dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota bomba," katanya.

Katanya, seorang lelaki berusia 40-an ditemui rentung di atas katil di dalam bilik berkenaan, pada jam 9.30 malam.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 10:33 PM