MUSTAPHA (dua dari kanan) dan Kim Fatt (dua dari kiri) menunjukkan poster kejohanan yang bakal berlangsung di Seremban. FOTO MOHD AMIN JALIL
MUSTAPHA (dua dari kanan) dan Kim Fatt (dua dari kiri) menunjukkan poster kejohanan yang bakal berlangsung di Seremban. FOTO MOHD AMIN JALIL
Mohd Amin Jalil


Seremban: Seramai 387 atlet remaja mewakili 16 pasukan termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) bakal bersaing dalam Kejohanan Wushu Remaja Kebangsaan Ke-13 KPM-Himalaya Sports 2024, di Dewan Chin Woo di sini, dari 24 hingga 28 Mei ini.

Kejohanan anjuran Persekutuan Wushu Malaysia (WHM) itu turut mendapat sokongan kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MSN, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dan Majlis Sukan Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata, semua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak mengesahkan penyertaan masing-masing.

Katanya, sebanyak 81 acara membabitkan dua kategori akan dipertandingkan iaitu taolu dan sanda.

"Kategori taolu membabitkan 66 acara iaitu 33 lelaki dan 33 perempuan manakala sanda membabitkan 15 acara.

"Terdapat tiga kategori umur iaitu antara 8-11, 12-14 dan 15-18 tahun," katanya.

Sementara itu, Presiden WHM, Datuk Chong Kim Fatt berkata, kejohanan itu menjadi pentas memilih atlet berpotensi untuk menyertai Kejohanan Wushu Remaja Dunia di Brunei, September depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 9:44 PM