SEORANG anggota polis Semarang, Andi Surwani memberanikan diri menguruskan jenazah mangsa Covid-19, seorang diri.
SEORANG anggota polis Semarang, Andi Surwani memberanikan diri menguruskan jenazah mangsa Covid-19, seorang diri.
Agensi

Jakarta: Seorang anggota polis Semarang, Andi Surwani memberanikan diri menguruskan jenazah mangsa Covid-19, yang juga jirannya di Perum Graha Sendangmulyo, Tembalang.

Kompas melaporkan, Andi memandikan jenazah itu seorang diri.

Dia memakai jaket hujan, jaket polis hijau, sarung tangan dan pelindung muka, untuk melindungi dirinya ketika menguruskan jenazah berkenaan.

Tiada seorang pun penduduk yang mahu membantu anggota polis itu, kecuali seorang petugas masjid.

"Hanya seorang petugas masjid, akhirnya saya dijemput (untuk menguruskan jenazah)," katanya.

Menurut Andi, jenazah itu baru saja meninggal di rumah dan tiada sesiapa pun yang tahu, sama ada mangsa dijangkiti Covid-19.

Andi juga mengakui bertengkar dengan isterinya ketika memberitahu mahu memandikan jenazah pesakit Covid-19.

"Pada mulanya saya juga bertengkar dengan isteri kerana takut dijangkiti (Covid-19) ketika memandikan jenazah.

"Tetapi saya memberitahu saya melakukannya dengan niat mahu membantu orang," katanya.

Berbekalkan ilmu menguruskan jenazah Covid-19 yang dimiliki, Andi memberanikan diri.

- Agensi

"Saya menggunakan alat perlindungan diri iaitu jaket hujan dan kasut but ketika memandikan jenazah.

"Saya juga gunakan pelitup muka tiga lapisan termasuk memakai pelindung muka.

"Tetapi saya tidak mempunyai sarung tangan dan meminta alat itu dari jiran yang juga petugas Pusat Kesihatan Masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 6:40 AM