NUR Mohd Razali menyerahkan sumbangan 3,000 set PPE kepada Salwana. FOTO Ihsan Yide
NUR Mohd Razali menyerahkan sumbangan 3,000 set PPE kepada Salwana. FOTO Ihsan Yide
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyerahkan 3,000 set kelengkapan perlindungan diri (PPE) kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi menyempurnakan pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di negeri ini, semalam.

Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah berkata, sumbangan bernilai RM104,640 itu membabitkan PPE Coveral Jumpsuit, pelindung muka (face shield), pelitup muka N95, sarung tangan getah dan apron.

"Ini adalah penyerahan sumbangan PPE siri kedua. Pada siri pertama 19 Julai lalu, sebanyak 1,000 set PPE bernilai RM 21,360 diserahkan kepada Pengarah Jais sendiri (Datuk Mohd Shahzihan Ahmad).

"Yide selaku agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menjalankan kerja kebajikan turut bersama Jais membantu menyediakan kelengkapan bagi petugas yang menguruskan jenazah pesakit Covid-19," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sumbangan 3,000 set PPE itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Operasi Jais Salwana Ahmad Dahlan dalam satu majlis ringkas di sini, semalam.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang terus ke platform digital YIDE iaitu https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Ogos 2021 @ 8:47 AM