GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Sydney: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Pasifik Vanuatu pada Ahad, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, ia dijangka tidak menyebabkan tsunami.

Gempa itu berlaku pada 9:23 pagi waktu tempatan dengan kedalaman kira-kira 29 kilometer (18 batu), kata USGS, berpusat di lautan kira-kira 83 kilometer (51 batu) barat laut ibu kota Vanuatu, Port Vila.

Ia berlaku berhampiran gugusan pulau yang jarang penduduknya, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata "gempa bumi tidak dijangka menyebabkan tsunami."

Tiada laporan segera mengenai kerosakan di Vanuatu.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Vanuatu, sebuah kepulauan rendah dengan 320,000 orang yang merentasi Lingkaran Api seismik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 7:58 AM