PENGANTIN lelaki ketika mahu mengalungkan bunga ke leher pasangannya. FOTO Agensi
PENGANTIN lelaki ketika mahu mengalungkan bunga ke leher pasangannya. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Menggelikan hati apabila seorang pengantin lelaki di India dipercayai mabuk apabila tersilap ketika mahu mengalungkan bunga ke leher pasangannya.

Sebaliknya, apa yang terjadi lelaki terbabit cuba mengalungkan bunga itu kepada wanita dipercayai ibu mentuanya.

Portal India.com melaporkan video itu tular di media sosial dengan kapsyen Thodi jyada pili yaar (Minum sedikit teman).

Dalam video itu, kelihatan pengantin lelaki berdiri sambil memegang Varmala iaitu kalungan bunga yang digunakan dalam upacara perkahwinan masyarakat Hindu.

Pengantin wanita berada di depan lelaki itu manakala ibu mentua pengantin lelaki berdiri di sebelah anaknya.

Dilaporkan, pengantin lelaki dipercayai mabuk sehingga salah mengalungkan bunga ke mentuanya.

Bagaimanapun, berdasarkan video berkenaan ibu mentua menolak kalungan itu.

Susulan itu, rakan kepada pengantin mengarahkan lelaki itu mengalungkan bunga berkenaan ke isterinya.

Bagaimanapun, ketika mahu melakukannya, pengantin lelaki kelihatan terhuyung-hayang dan rebah sebelum dilaporkan tertidur di kerusi.

Video kejadian yang dimuat naik menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang geli hati dengan insiden berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 6:40 AM