RICCIARDO mahu beraksi bersama Red Bull.
RICCIARDO mahu beraksi bersama Red Bull.
Reuters

Barcelona: Daniel Ricciardo berkata, beliau mahu mendapatkan tempatnya dalam Formula Satu (F1) bersama pasukan milik Red Bull (RB) untuk musim depan.

Pasukan berpangkalan di Itali itu mengesahkan Yuki Tsunoda dari Jepun akan menyertai mereka pada 2025, tetapi belum mengesahkan siapa akan mengambil tempat pemandu kedua, dengan pemandu simpanan dari New Zealand, Liam Lawson, antara dipertimbangkan.

Ricciardo, 34, pemenang lapan kali Grand Prix tetapi dibayangi pencapaian Tsunoda dalam sembilan perlumbaan setakat musim ini.

Perlumbaan di Montreal adalah penamat 10 teratas pertama bagi Ricciardo musim ini manakala Tsunoda meraihnya lima kali.

"Saya memerlukan keputusan seperti itu. Sekarang saya kembali dalam keluarga Red Bull dan saya tidak melihat diri saya di tempat lain. Saya ingin kekal dan teruskan.

"Saya jelas mahu mendapatkannya. Saya masih layak berada di sini dan boleh mengulangi prestasi seperti minggu lepas," kata Ricciardo.

Ricciardo menghadapi kritikan daripada juara dunia 1997 yang sudah bersara, Jacques Villeneuve, yang mempersoalkan mengapa dia masih berada di sana.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 12:32 PM