MARSCH ketika pasukannya menentang Argentina. FOTO Reuters
MARSCH ketika pasukannya menentang Argentina. FOTO Reuters
AFP

Atlanta: Jurulatih Kanada Jesse Marsch berkata, Argentina sepatutnya didenda selepas lewat keluar untuk memulakan perlawanan pada babak kedua dalam aksi Copa America pagi tadi.

Perlawanan berakhir tanpa jaringan pada babak pertama dan pemain Kanada terpaksa berdiri beberapa minit menunggu pemain Argentina masuk ke padang selepas rehat.

Juara dunia menjaringkan gol empat minit selepas itu dan kemudiannya menang 2-0 manakala Marsch mendakwa Argentina mengambil masa lebih lama untuk menganalisis video tambahan.

"Ketika menunggu saya tahu mereka melihat video dan menganalisis cara untuk tewaskan kami," katanya ketika sidang media selepas tamat perlawanan.

"Sekarang, saya berharap pengadil akan menilainya. Jika kami lewat lima minit, kami akan didenda. Ia akan menjadi masalah besar. Kita tunggu apa akan berlaku dengan Argentina," kata bekas pengurus Leeds United itu.

"Argentina sepatutnya didenda. OK? Didenda. Tulis apa saya cakap. Olé. La Nacion," katanya yang ditujukan kepada media Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 1:06 PM