FOTO hiasan
FOTO hiasan
Agensi

PERKAHWINAN satu pasangan di Dubai hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja apabila pengantin lelaki menceraikan isterinya gara-gara sikap bapa mentua yang tidak sabar meminta wang mas kahwin.

Lelaki terbabit sudah bersetuju untuk menyerahkan wang sebanyak 100,000 dirham (RM108,381) kepada bapa mentuanya.

Perkahwinan turut disaksikan keluarga dan rakan mereka yang hadir ke pejabat Hakim Syarie.

Pengantin lelaki menyerahkan separuh daripada jumlah wang berkenaan pada masa itu, dan selebihnya akan diberi selepas meninggalkan bangunan, lapor Gulf News.

Bagaimanapun, bapa mentuanya berkeras meminta wang selebihnya menyebabkan lelaki berkenaan berasa terhina sebelum mengambil keputusan membatalkan perkahwinan mereka, kata peguam yang mengendalikan kes itu.

“Dia memberitahu bapa mentuanya bahawa dia tidak lagi mahu memperisterikan anaknya dan menceraikan wanita itu kurang 15 minit selepas menandatangani kontrak perkahwinan,” kata peguam itu. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 10:40 PM