SINNER mara ke suku akhir atasi Marozsan.
SINNER mara ke suku akhir atasi Marozsan.
AFP

Halle Westfalen, Jerman: Pemain nombor satu dunia Jannik Sinner terpaksa bekerja keras untuk mara ke suku akhir Terbuka Halle, awal pagi tadi.

Sinner menewaskan pemain Hungary Fabian Marozsan 6-4, 6-7(4/7), 6-3 dalam saingan pemanas badan sebelum menghadapi Wimbledon.

"Ini kali pertama saya menentangnya. Dia menewaskan pemain handalan sebelum ini, jadi saya tahu perlu berada pada prestasi terbaik," kata Sinner.

Dalam pada itu, persiapan Carlos Alcaraz untuk Wimbledon menerima tamparan hebat apabila tersingkir dari Kejohanan Queen Club di tangan Jack Draper 7-6(3), 6-3 di pusingan 16 terbaik.

Juara tiga kali Grand Slam berusia 21 tahun itu, memenangi kejohanan Queen 2023 dengan mengalahkan pemain Australia Alex de Minaur tetapi pemain Sepanyol terbabit dibayangi kehebatan pemain nombor satu Britain, Draper.

Draper yang baru sahaja memenangi Kejohanan Stuttgart dengan mengalahkan bekas pemain nombor enam dunia, Matteo Berrettini, memberikan persembahan hampir sempurna untuk memenangi set pertama dalam tempoh 58 minit ketika menentang pilihan utama, Alcaraz.

Set kedua menjadi lebih mudah kerana Draper tidak membuat kesilapan untuk menamatkan rentetan 13 kemenangan Alcaraz.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 12:51 PM