GAMBAR hiasan. FOTO Pexels
GAMBAR hiasan. FOTO Pexels
Agensi

New Delhi: Pelik tapi realiti ia berlaku di India apabila seorang lelaki jatuh cinta dan akhirnya mengahwini ibu mentuanya.

Lebih mengejutkan apabila perkahwinan mereka itu dikatakan mendapat restu bapa mentua lelaki berkenaan.

Kisah itu berlaku selepas kematian isteri Sikandar Yadav yang menyebabkan bapa kepada dua anak itu berpindah ke rumah mentuanya di kampung Heer Moti di Bihar.

Lama kelamaan, timbul perasaan sayang antara Sikandar yang berusia 45 tahun dan ibu mentuanya, Geeta, 55, namun hubungan itu disembunyikan mereka berdua.

Apabila khabar angin mengenai hubungan sulit mereka mula tersebar di seluruh kampung, suami Geeta, Dileshwar menjadi semakin curiga.

Pada suatu hari, Dileshwar menangkap pasangan kekasih itu dalam pelukan romantis yang sekali gus mengesahkan andaiannya.

Berang dengan apa yang dilihat, Dileshwar membawa perkara berkenaan kepada perhatian Panchayat iaitu majlis jawatankuasa kampung bagi menuntut perkara itu diselesaikan.

Selepas mendengar cerita Dileshwar, Panchayat memanggil Sikanddar untuk mendengar versi ceritanya.

Apa yang mengejutkan, Sikandar secara terbuka mengakui hubungan sulit itu dengan alasan sudah jatuh cinta terhadap ibu mentuanya.

Selepas Geeta mengakui cintanya kepada Sijandar, Panchayat bersetuju untuk merasmikan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan mereka.

Dileshwar turut berubah hati selepas melihat mereka mengaku saling menyayangi antara satu sama lain dan membantu mengatur majlis perkahwinan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 12:20 PM