MARIA. FOTO Agensi
MARIA. FOTO Agensi
Agensi

Brasília: Seorang wanita di Brazil dipercayai individu tertua di dunia yang masih hidup dan dikatakan berusia 121 tahun.

Maria Gomes dos Reis ditemui selepas pasukan paramedik hadir ke kediamannya di Bom Jesus da Lapa, timur laut Brazil bagi merawatnya.

Menurut sijil kelahiran, Maria lahir di perkampungan di Bela Vista pada 16 Jun 1900 dan tinggal di situ sehingga kini.

Dia yang hanya terlantar kini tinggal bersama cucu, Celia Cristina memandangkan semua anaknya sudah meninggal dunia.

Celia berkata, neneknya sihat dan bertenaga sebelum terlantar lapan tahun lalu.

"Dia melakukan semuanya, memasak dan membasuh baju serta membesarkan cucu dan cicitnya.

"Kini saya menyuapkan dia makan, menguruskan pakaian, memandikan malah semuanya kami uruskan. Kehidupan saya secara rumusannya menjaga dia," kata Celia.

Guinness World Records sebelum ini mengesahkan individu tertua adalah wanita Perancis, Lucile Randon yang lahir pada 11 Februari 1904 dan berusia 118 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 6:15 AM