Lelaki tertua dunia, Masazo Nonaka. FOTO Reuters
Lelaki tertua dunia, Masazo Nonaka. FOTO Reuters
AFP

TOKYO: Lelaki tertua dunia, Masazo Nonaka, meninggal dunia hari ini pada usia 113 tahun, lapor media Jepun.

Nonaka dilahirkan pada Julai 1905, menurut Guinness World Records, beberapa bulan sebelum Albert Einstein mengemukakan teori relativitinya.

Guinness secara rasmi mengiktiraf Nonaka sebagai lelaki tertua masih hidup selepas kematian Francisco Nunez Olivera dari Sepanyol tahun lalu.

“Kami terkejut dengan kematian tokoh utama ini.

“Beliau kelihatan biasa semalam dan meninggal dunia tanpa memberi sebarang masalah kepada keluarga kami,” kata cucu perempuannya, Yuko, kepada Kyodo News.

Nonaka mempunyai lapan adik beradik dan berkahwin pada 1931 dan mempunyai lima anak.

Beliau menguruskan percutian air panas di kampungnya dan menonton gusti sumo di televisyen dan memakan manisan dalam persaraan.

Jepun adalah antara negara yang mempunyai hayat paling panjang dunia dan beberapa manusia diiktiraf paling tua di dunia adalah rakyat negara itu.

Mereka termasuk Jiroemon Kimura, lelaki paling panjang usia dalam sejarah, yang meninggal dunia tidak lama selepas sambutan hari jadinya ke-116 pada Jun 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 7:58 PM