KETUA Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin. FOTO arkib NSTP
KETUA Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin. FOTO arkib NSTP
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) digesa upaya terus berkhidmat dengan cekap, tangkas dan berintegriti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, sebagai sebuah jabatan strategik beliau berharap semua warga JKDM terus gigih berusaha menjalankan tugas.

"Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja JKDM yang sentiasa bertungkus-lumus bagi memastikan segala perancangan yang direncanakan berjalan lancar dan berjaya.

"Sebagai sebuah jabatan strategik dalam kerajaan yang kerap berdepan dengan pelbagai situasi dan risiko tadbir urus, besarlah harapan saya agar seluruh warga JKDM terus berusaha gigih.

"Ayuh sama-sama kita berusaha mengekalkan momentum kerja berprestasi tinggi demi memastikan kejayaan serta kecemerlangan berterusan bagi JKDM yang kita cintai ini. InsyaAllah," katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 3:17 PM