FLOSSIE diiktiraf ‘kucing hidup tertua’ dengan usia 26 tahun 329 hari menyamai 120 tahun usia manusia oleh Guinness World Records.
FLOSSIE diiktiraf ‘kucing hidup tertua’ dengan usia 26 tahun 329 hari menyamai 120 tahun usia manusia oleh Guinness World Records.
Agensi

London: Flossie, kucing baka British Shorthair dinobat kucing tertua di dunia dengan usia 26 tahun 329 hari, yang menyamai 120 tahun usia manusia.

Guinness World Records mengumumkan rekod baharu itu di Twitter, semalam.

Menurutnya, kucing itu yang tinggal dengan pemiliknya, Vicki Green di bandar Orpington, tenggara London masih sihat walaupun penglihatannya kabur dan pekak.

Laporan menyebut Flossie adalah kucing terbiar selepas diserahkan pemilik terdahulu kepada sukarelawan haiwan, Perlindungan Kucing United Kingdom, sebelum Green mengambilnya untuk dipelihara.

"Kami terkejut apabila melihat rekod doktor haiwan Flossie yang menunjukkan ia akan memasuki usia 27 tahun.

"Ia adalah kucing tertua yang pernah saya temui, sekitar 120 tahun umur manusia," kata Penyelaras Cawangan Perlindungan Kucing, Naomi Rosling.

Menurut BBC, Green menggambarkan Flossie sebagai kucing hebat dan "tahu daripada awal yang Flossie adalah kucing sangat istimewa."

Kata Green, Flossie sentiasa suka bermain dan bersikap ingin tahu walaupun cacat.

Kucing tertua sebelum ini adalah Creme Puff yang lahir pada 3 Ogos 1967 di Texas, Amerika Syarikat tetapi mati pada 6 Ogos 2005 pada usia 38 tahun dan tiga hari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 3:40 PM