ARWAH dianggap wanita tertua kedua di Asia selepas Misao Okawa dari Jepun yang berusia 116 tahun. FOTO Norizuan Shamsuddin
ARWAH dianggap wanita tertua kedua di Asia selepas Misao Okawa dari Jepun yang berusia 116 tahun. FOTO Norizuan Shamsuddin
Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Machang: Seorang warga emas dipercayai antara wanita tertua di Asia, Esah Jusoh, 115, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Jakar, Temangan, Machang kerana sakit tua, jam 11.40 malam tadi.

Allahyarhamah yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke 116 pada 29 Oktober itu meninggal dunia di pangkuan anak serta cucu cicitnya.

Cucunya, Nik zainab Nik Soh, 33 , berkata, neneknya meninggal dunia kira-kira jam 11.40 malam semalam kerana sakit tua selepas tidak dapat bergerak serta tidak berselera makan dan minum sejak lapan hari lalu.

"Arwah sebelum ini sihat, tetapi pada Sabtu lalu arwah hanya mampu terlantar di tilamnya dan tidak mampu makan dan minum.

"Jenazah disembahyangkan di rumahnya di sini dan akan ditanam di Tanah Perkuburan Pangkal Chuit selepas Zohor hari ini," katanya ketika dihubungi.

Esah sebelum ini menarik perhatian masyarakat apabila kisah hidupnya kekal sihat pada usia lebih seabad disiarkan akhbar Harian Metro tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 12:15 PM