FOTO Reuters.
FOTO Reuters.
Agensi

PARTI Konservatif bakal mengawal penuh Parlimen apabila meraih kemenangan dalam pilihan raya Britain sekaligus usaha untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, dilihat lebih mudah.

The New York Times melaporkan, Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson diramal meraih kemenangan majoriti besar di Parlimen.

Menurut bancian undi, kempennya mengenai Brexit berjaya meletakkan parti dalam kalangan pengundi.

Jika bancian itu tepat, Johnson bakal memperoleh sokongan yang diperlukan untuk membawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah pada awal tahun depan melalui peralihan paling penting dalam 50 tahun. Ia adalah kemenangan besar untuknya selepas beberapa bulan bergelut dalam pertempuran Brexit.

Bancian berkenaan menunjukkan Parti Konservatif boleh meraih kemenangan besar dengan 368 kerusi dan Parti Buruh akan memenangi 191 kerusi dengan majoriti 86 kerusi untuk Konservatif. Bancian yang dikendalikan oleh BBC dan penyiar ITV dan Sky News, bukan hasil akhir tetapi dianggap boleh dipercayai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 10:44 AM