BORIS JOHNSON
BORIS JOHNSON
Agensi

UNITED Kingdom dengan rasminya berpisah dari Kesatuan Eropah (EU) berkuasa kuasa akhir bulan ini selepas Parlimen Britain meluluskan Brexit, semalam.

Keputusan itu menyaksikan UK menjadi negara pertama berpisah dari EU sekaligus mengakhiri perbalahan antara penggubal dasar sejak referendum Brexit dilaksanakan pada 2016.

Perjanjian 'pemisahan' Perdana Menteri Boris Johnson dengan Brusesels itu mendapat kata sepakat menerusi

sokongan undian 330 ahli parlimen berbanding 231 lagi menentang.

Ahli Parlimen merestui Rang Undang-Undang Perjanjian Pengunduran EU sebelum Krismas, dan kerajaan hanya memberi masa tiga hari sepanjang minggu ini untuk melaksanakannya.

Pada Oktober lalu AFP melaporkan, Ahli Parlimen Britain bersetuju mengadakan pilihan raya awal pada 12 Disember lalu hanya beberapa jam selepas Kesatuan Eropah (EU) menangguhkan Brexit sehingga akhir Januari depan.

Pilihan raya kali ketiga dalam tempoh empat tahun itu diadakan bagi menyokong Johnson dalam memecahkan kebuntuan selepas Brexit ditangguh sebanyak tiga kali menerusi pilihan raya berkenaan.

Kemenangan menyeluruh Johnson dalam pilihan raya umum bulan lalu memberikan Parti Konservatif kuasa majoriti di Parlimen untuk membolehkan Brexit diluluskan.

Brexit membolehkan Britain menentukan sendiri hala tuju negara terutama dalam hak rakyat, isu imigresen dan ekonomi tanpa campur tangan EU.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 January 2020 @ 6:23 PM