PARLIMEN Britain dijangka dibubarkan.
PARLIMEN Britain dijangka dibubarkan.
Daily Mail

London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangka membubarkan parlimen selepas berang kumpulan menyokong Kesatuan Eropah (EU) menang dalam undian tidak menyokong Brexit.

Johnson tewas dalam undian berkenaan malam tadi sekali gus memberi peluang kepada anggota parlimen yang menentang Brexit meluluskan undang-undang menghalang United Kingdom (UK) keluar daripada EU pada hujung Oktober ini.

Seorang anggota parlimen dari Parti Buruh juga kedengaran menjerit “Bukan permulaan yang baik, Boris!,” selepas keputusan undian diketahui.

Blok pro-Eropah itu menang dengan margin besar 328 berbanding 301 walaupun Johnson mengancam untuk menamatkan karier anggota parlimen Parti Konservatif yang tidak menyokongnya.

Ini adalah undian pertama di parlimen sejak Johnson dilantik sebagai perdana menteri.

Dengan keputusan itu Johnson dijangka mengemukakan usul untuk membubarkan parlimen sekali gus membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 10:33 AM