LOPEZ dijatuhkan hukuman penjara enam tahun. FOTO AFP
LOPEZ dijatuhkan hukuman penjara enam tahun. FOTO AFP
AFP

BUENOS AIRES: Bekas menteri Argentina, Jose Lopez dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh mahkamah selepas ditangkap polis kerana cuba menyembunyikan beg berisi wang tunai sebanyak AS$9 juta (RM37.4) di biara.

AFP melaporkan, Lopez tertangkap ketika melempar 160 beg pakaian dan beg dufel di sebalik dinding taman biara terbabit.

Seorang rahib berusia 80 tahun, Celia Ines Aparicio yang didakwa terbabit dalam kes itu turut disabitkan kesalahan.

Lopez adalah sebahagian daripada kumpulan pegawai kerajaan yang rapat dengan mendiang presiden, Nestor Kirchner dan penggantinya serta isteri, Cristina Kirchner.

Dia dan bekas menteri perancangan yang juga bekas majikannya, Julio de Vido turut dipenjara atas tuduhan rasuah selain pernah menguruskan projek kerajaan ketika pentadbiran Kirchner antara 2003 hingga 2015.

Lopez yang juga bekas timbalan menteri kerja raya turut disyaki menggelapkan wang dalam dua lagi kes rasuah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 11:48 AM