KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Ahmad Hezri Adnan (kiri) bertukar dokumen persefahaman dengan Kairat pada MATTA Fair 2019.
KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Ahmad Hezri Adnan (kiri) bertukar dokumen persefahaman dengan Kairat pada MATTA Fair 2019.
KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Ahmad Hezri Adnan (kiri) bertukar dokumen persefahaman dengan Kairat pada MATTA Fair 2019.
KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Ahmad Hezri Adnan (kiri) bertukar dokumen persefahaman dengan Kairat pada MATTA Fair 2019.
John Gilbert


KUALA LUMPUR: Republik Kazakhstan mahu mendapatkan bantuan dan kepakaran Malaysia dalam membangun dan menyeragamkan industri perkhidmatan makanan halalnya khasnya dalam sektor perlancongan.

Pengerusi Lembaga Kazakh Tourism National Company JSC (KTNC), Kairat Sadvakassov berkata, Malaysia kini berada di hadapan dalam aspek halal dan Khazakhstan mahu mempelajari aspek halal dalam penyediaan makanan dan perkhidmatan.

“Kami terbuka kepada syarikat dan perkhidmatan halal yang ada di Malaysia untuk bekerjasama dengan agensi Kazakhstan, khasnya dalam sektor perlancongan.

“Sejumlah 50 peratus daripada penduduk di Kazakhstan adalah Muslim, tetapi kadar penembusan mengenai aspek halal masih rendah. Kami mempunyai beberapa restoran halal di bandar besar tetapi dalam sudut perhotelan, ia agak mencabar.

“Kami perlu mencari jalan bagaimana untuk menjadi mesra Muslim dan kami sudah berjumpa dengan Pusat Pelancongan Islam di negara ini, baru-baru ini untuk membincangkan mengenai beberapa topik dan latihan mengenai halal.

“Ya, ada sesuatu yang sedang berlaku,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai sambungan udara, Kairat berkata, Kazakh Tourism sudah berunding dengan syarikat penerbangan Air Astana untuk meningkatkan kekerapa penerbangan bebas visa antara Kuala Lumpur dan Almaty daripada tiga kali seminggu kepada empat kali.

“Kami juga mahu berunding dengan Malaysia Airlines untuk memperkenalkan penerbangan ke Almaty tetapi kami masih tidak pasti minat mereka.

“Kami sudah berjumpa dengan AirAsia Jun lalu, yang kali kedua selepas mesyuarat pertama kali pada tahun lalu. Kami juga sudah membentangkan idea untuk memperkenalkan penerbangan ke Kazakhstan menerusi cabang AirAsia X.

“Kami faham terdapat keperluan yang perlu dipenuhi daripada aspek pengendalian, harga minyak, tambang, pemasaran dan promosi. Kami sudah bersedia untuk berbincang mengenainya dengan Malaysia Airlines atau AirAsia jika adanya komitmen daripada mereka,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rancangan untuk membuka pejabat serantau di Malaysia pada separuh pertama 2020, Kairat berkatal, proses berkenaan berlangsung sebagaimana yang ditetapkan. Pejabat berkenaan akan menjadi hab bagi pasaran Asia Tenggara.

“Kami menyasarkan untuk menggandakan jumlah pelancong Malaysia yang berkunjung ke Kazakhstan daripada 7,500 tahun lalu dan akan menganjurkan perjalanan ke Kazakhstan bagi mempromosikan perlancongan musim sejuk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 6:20 AM