Penyerang PSV Eran Zahavi dari Israel (depan) meraikan jaringannya berdepan Galatasaray pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara. AFP
Penyerang PSV Eran Zahavi dari Israel (depan) meraikan jaringannya berdepan Galatasaray pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara. AFP
AFP

Paris: Pemain kebangsaan Israel, Eran Zahavi meledak hatrik ketika PSV Eindhoven menewaskan wakil Turki, Galatasaray 5-1 pada perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara, pagi ini.

Zahavi menjaringkan gol pembukaan hanya selepas dua minit permainan bermula dan menggandakan jaringan selepas waktu rehat sebelum melengkapkan hatrik pada penghujung babak perlawanan.

Pemain yang memenangi Piala Dunia 2014 bersama Jerman, Mario Goetze meledak gol menarik sementara Emre Kilinc melengkapkan jaringan wakil Belanda sekali gus memberi kelebihan buat mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Mereka akan berdepan sama ada kelab Scotland, Celtic atau wakil Denmark, Midtjylland, yang seri 1-1 di Glasgow, semalam.

Red Star Belgrade, Juara Eropah pada 1991, berdepan ranjau berliku selepas tewas 1-2 kepada Kairat Almaty di Kazakh yang meledak gol pembukaan pada babak pertama menerusi pemain Sepanyol, Jose Kante.

Pemain Croatia, Dino Mikanovic menjaringkan gol sendiri selepas satu jam permainan untuk Red Star menyamakan kedudukan.

Tetapi pemain pertahanan Cameroon, Macky Bagnack, yang baru tiba di Kairat dari kelab Serbian SuperLiga, FK Partizan, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79.

KEPUTUSAN PERLAWANAN:

Kairat Almaty (KAZ) 2 Red Star Belgrade (SRB) 1

Malmo (SWE) 2 HJK Helsinki (FIN) 1

NS Mura (SLO) 0 Ludogorets (BUL) 0

Slovan Bratislava (SVK) 0 Young Boys (SUI) 0

Olympiakos (GRE) 1 Neftchi (AZE) 0

Legia Warsaw (POL) 2 Flora (EST) 1

PSV Eindhoven (NED) 5 Galatasaray (TUR) 1

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 7:27 AM