SKIM HomeTIPS beri manfaat untuk kes malang.
SKIM HomeTIPS beri manfaat untuk kes malang.
Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: Membeli rumah selalunya prospek menakutkan bagi pembeli rumah. Selain komitmen kewangan untuk membeli dan membayar hartanah yang ketara, kehidupan boleh menyingkirkan segala kelainan dan menukar cara hidup anda serta turut menyukarkan rancangan jangka panjang.

Oleh sebab itu, apabila anda membeli hartanah IJM Land Bhd (IJM Land) maka anda bukan sekadar membeli rumah, malah memperoleh ketenangan melalui skim perlindungan insurans diwujudkan melalui kerjasama antara IJM Land dan Allianz untuk membawa xperlindungan tiga dalam satu kepada pembeli rumah iaitu yang pertama seumpamanya di negara ini.

HomeTIPS IJM Land atau Skim Perlindungan Insurans Tiga Kali Ganda membolehkan anda melabur dalam sebuah rumah untuk keluarga anda dan menyediakan mereka dengan satu tempat perlindungan untuk hidup, membesar dan berkembang pada masa akan datang.

IJM Land percaya pembeli rumah tidak harus menghadapi tekanan mengenai ketidakpastian kewangan dan berikutan itu, syarikat menjalinkan kerjasama dengan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad and Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz)) bagi mewujudkan tiga skim insurans menawarkan ketenangan fikiran kepada semua pembeli rumahnya selama 36 bulan dari tarikh menandatangani perjanjian jual dan beli (SPA).

Pembeli rumah IJM Land yang tanpa sengaja ditamatkan pekerjaan mereka semasa terma polisi menerima faedah daripada membayar tepat pada masanya oleh Insurans Pengangguran. Pembeli rumah daripada hartanah terpilih layak untuk Skim Hidup Terma Kumpulan dan Skim Kemalangan Peribadi di mana manfaat kewangan dibayar bagi kes kematian malang atau kecacatan kekal sepenuhnya.

Pengarah Urusan IJM Land, Edward Chong berkata, syarikat mahu pembeli rumah yakin IJM Land membantu menjamin tempat perlindungan mereka dengan skim insurans unik diwujudkan Allianz jika perkara tidak diingini berlaku.

Menurutnya, faedah insurans menawarkan siri pembayaran kewangan yang membantu mengurangkan kes malang dan diharap pembeli rumah IJM Land boleh bertenang serta mengetahui syarikat melabur dalam kewangan masa depan mereka.

“Memandangkan pelaburan pada rumah satu peristiwa penting dalam kehidupan individu maka kami percaya masa yang menarik dalam kehidupan anda tidak patut diingati dalam alasan salah. Untuk membuat sebarang keputusan besar lebih baik untuk merasai anda dilindungi bermula daripada permulaan proses pembelian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Komersial Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, John Yep berkata, pihaknya menghargai kepercayaan diberikan IJM Land selaku pengeluar dalam mewujudkan skim terbabit

“Kami berbangga menjadi sebahagian skim insurans seumpamanya di negara ini. Ia bukti IJM Land bukan sahaja menjadi pemilik bagi hartanah premium, malah menjaga keperluan pelanggan,” katanya.

IJM Land HomeTIPS ialah skim pertama seumpamanya ditawarkan pemaju hartanah di Malaysia dan ia mengesahkan komitmen IJM Land menyediakan pembeli rumah dengan penyelesaian kewangan inovatif yang membantu membina masyarakat maju.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 5:04 AM