SAINZ melayani peminat di Melbourne. FOTO Reuters
SAINZ melayani peminat di Melbourne. FOTO Reuters
AFP

Melbourne: Carlos Sainz bakal kembali ke kokpit di Grand Prix (GP) Australia hujung minggu ini selepas pulih pembedahan apendiks, menurut pasukannya semalam.

Pemandu Ferrari dari Sepanyol itu terlepas perlumbaan Formula Satu (F1) di Arab Saudi dan tempatnya diisi pelumba simpanan dari Britain Oliver Bearman.

Pemandu remaja berusia 18 tahun itu tidak menghampakan apabila menduduki tempat ketujuh pada penampilan pertamanya. Namun dia bakal kembali ke Formula 2 jika Sainz kembali pulih.

"Carlos Sainz dijangka kembali ke kereta, dia terlepas perlumbaan di Jeddah akibat apendiks," kata Ferrari.

Sainz menduduki tempat ketiga di belakang juara Max Verstappen dan rakan sepasukan Red Bull Sergio Perez pada perlumbaan pertama di Bahrain.

Red Bull sekali lagi mengulangi kejayaan satu dua di mana rakan sepasukan Sainz, Charles Leclerc menaiki podium.

"Kami menjangkakan prestasi mantap di litar ini sama seperti di Jeddah," kata ketua pasukan Ferrari Fred Vasseur .

"Kami mahu lebih agresif dengan sasaran meletakkan tekanan ke atas pasukan yang menang dua perlumbaan pertama."

Sainz meninggalkan Ferrari pada penghujung musim untuk memberi laluan kepada juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton menyertai pasukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 11:33 AM