SAINZ tinggalkan Ferrari penghujung musim ini.
SAINZ tinggalkan Ferrari penghujung musim ini.
AFP

Suzuka: Carlos Sainz berkata dia mahukan masa depannya di Formula Satu (F1) ditentukan lebih awal sebelum meninggalkan Ferrari pada penghujung musim ini.

Pelumba Sepanyol itu yang menjuarai Grand Prix (GP) Australia dua minggu lalu akan digantikan dengan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton dan masih belum mempunyai pasukan untuk musim depan.

Sainz berkata menjelang GP Jepun Ahad ini, dia bercakap dengan beberapa pasukan F1 dan mahukan masa depannya diselesaikan secepat mungkin.

"Ia mengenai butiran lanjut dan melihat pilihan lebih realistik untuk saya dan masa depan," katanya.

"Saya tidak mempunyai berita untuk anda atau tiada apa-apa diperkatakan hari ini. Hanya saya harapkan sekarang masa untuk bergerak pantas dalam semua aspek dan berharap ia diselesaikan lebih cepat daripada menunggu lebih lama."

Sainz yang pulih daripada pembedahan apendiks membawa kejayaan satu dua Ferrari di Melbourne bersama rakan sepasukan Charles Leclerc.

Dia terlepas perlumbaan di Arab Saudi dan dirawat seminggu selepas menjalani pembedahan tapi Sainz yakin dia kini 100 peratus sedia di Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2024 @ 12:06 PM