SAINZ yakin dengan kemampuan Ferrari di GP Belanda. FOTO EPA
SAINZ yakin dengan kemampuan Ferrari di GP Belanda. FOTO EPA
Reuters

Zandvoort: Ferrari yakin mereka mampu memberi saingan rapat dengan Red Bull dalam Grand Prix (GP) Belanda hujung minggu ini berbanding ketika di Belgium Ahad lalu.

Perlumbaan ini berlangsung di laman sendiri untuk pendahulu Formula Satu (F1) Red Bull, Max Verstappen, yang berada di kelas tersendiri di Spa-Francorchamps dan menang di hadapan penyokongnya di Belanda tahun lalu.

"Saya tidak fikir kami seteruk seperti yang dilihat. Saya cukup yakin bahawa kami boleh kembali hujung minggu ini dan bertarung sekali lagi untuk petak pertama dan menang.

"Mereka meningkatkan sedikit tahap, perlumbaan demi perlumbaan, tetapi ia nampaknya tidak terlalu jauh sebelum ini apabila di Austria kami mengatasi mereka dengan margin yang agak besar dan di Perancis saya melepasi Perez.

"Dan itu hanya tiga perlumbaan yang lalu. Jadi saya tidak percaya mereka meningkat begitu banyak seperti yang mereka lakukan di Spa," kata Carlos Sainz dari Ferrari, yang berada di tempat ketiga di Belgium di belakang dua pelumba Red Bull.

Verstappen, yang menang sembilan daripada 14 perlumbaan setakat ini dan kini mendahului 93 mata di puncak, juga berkata dia menjangkakan Ferrari akan menjadi kuat.

Sainz berkata Red Bull hanya mempunyai pakej aerodinamik yang lebih baik untuk Spa, trek terpanjang kejuaraan dan juga antara yang terpantas manakala Zandvoort pula memperlihatkan susun atur yang agak pendek dengan banyak selekoh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2022 @ 11:21 AM