ROVANPERA mengakui perlu mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. FOTO Reuters
ROVANPERA mengakui perlu mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. FOTO Reuters
AFP

Paris: Juara rali dunia, Kalle Rovanpera mengesahkan dia akan mengikuti contoh bekas pemenang lapan kali, Sebastien Ogier dengan hanya bersaing dalam perlumbaan terpilih musim depan.

Rovanpera, 23, menamatkan kejuaraan dunia keduanya pada penghujung Oktober dan menutup tirai musim ini dengan beraksi di Rali Jepun Ahad lalu.

"Sebab utama saya sudah memandu kereta rali selama 15 tahun, ia agak lama walaupun musim-musim sebelum ini berjaya meraih pencapaian menakjubkan, perkara ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal," katanya.

Rovanpera mula membabitkan diri dalam perlumbaan rali ketika bersama bapanya, Harri, pada usia lapan tahun.

Sementara itu, Ogier, kini 39, hanya memandu perlumbaan rali secara serius pada usia 22 tahun.

"Saya merasakan bahawa sekarang adalah masa yang baik untuk mengambil masa setahun mengecas semula bateri, dan kemudian kembali lagi sepenuh masa untuk berjuang merebut kejuaraan sekali lagi," kata Rovanpera.

"Saya tidak sabar untuk membabitkan diri dalam perlumbaan drift dan mungkin beberapa acara menarik lain serta perlumbaan yang akan kami pilih tahun depan," katanya, sehari selepas Rali Jepun berakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 12:23 PM