MARQUEZ sedang menjalani proses pemulihan. -FOTO Agensi
MARQUEZ sedang menjalani proses pemulihan. -FOTO Agensi
Agensi

Austria: Bekas juara dunia Marc Marquez mendedahkan bahawa Honda kini berada dalam saat yang genting.

Biarpun kali terakhir beraksi di Grand Prix Itali, pelumba bernombor 93 itu sentiasa berhubung dengan Honda mengenai jentera baru RC213V yang akan digunakan musim depan terutama dengan Ketua Krew Santi Hernandez dan pelumba ujian Stefan Bradl.

Atas sebab itu Marquez hadir ke Austria untuk bercakap dengan jurutera Jepun mengenai masa depan dengan Marquez mendedahkan bahawa dia sebelum ini banyak terputus hubungan daripada pembangunan motosikal itu apabila cedera.

"Honda berada dalam saat genting. Saya banyak bercakap dengan pasukan saya dan cuma memahami motosikal 2022, situasi dan apa yang berlaku," kata Marquez.

"Sebab ini saya datang ke Austria untuk bercakap dengan semua orang dan bertemu dengan kakitangan HRC dari Jepun untuk bekerja di masa depan.

"Kami semua bekerja bersama, kita menang bersama, kita kalah bersama dan kita akan kembali bersama," katanya.

Ia pasti menggembirakan untuk melihat Marquez kembali ke paddock MotoGP di Red Bull Ring sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai pemulihannya pada penghujung Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2022 @ 11:57 AM