Hayden (kanan) pada sidang akhbar GP Jepun bersama Dani Pedrosa, Marquez, Rossi, Lorenzo dan Andrea Iannone (kiri sekali). - Pix Reuters
Hayden (kanan) pada sidang akhbar GP Jepun bersama Dani Pedrosa, Marquez, Rossi, Lorenzo dan Andrea Iannone (kiri sekali). - Pix Reuters

Motegi: Pelumba Amerika Syarikat Nicky Hayden hari ini mengumumkan persaraannya daripada arena perlumbaan MotoGP tahun depan untuk menyertai Kejuaraan Superbike Dunia.

Pelumba Honda itu yang juga juara dunia 2006 membuat kenyataan ketika membuat persiapan berlumba pada Grand Prix Jepun di litar Motegi Ahad ini.

Hayden, 34 akan berganding bersama Michael van der Mark memacu jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP dalam usahanya untuk muncul pelumba pertama memenangi gelaran MotoGP dan Superbike Dunia.

"Ini tahun terakhir saya dalam MotoGP. Saya akan beralih menyertai Superbike Dunia tahun depan bersama Honda dan pasukan Ten Kate," katanya berlinang air mata dalam sidang akhbar turut disertai oleh tiga juara dunia, Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Marc Marquez. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 8:36 PM