MARQUEZ dijangka hanya boleh beraksi semula Mei depan. FOTO AFP
MARQUEZ dijangka hanya boleh beraksi semula Mei depan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Juara MotoGP enam kali, Marc Marquez, yang tidak berlumba sejak patah tangan sejak permulaan musim 2020, menjalani satu lagi pembedahan di bahagian tangan kanan.

"Marc Marquez menjalani satu lagi pembedahan di bahagian tangan kanan selepas bahagian tulang antara siku hingga bahu mengambil masa lama untuk sembuh," kata pasukan Honda.

Pembedahan itu dilakukan di hospital di Madrid, mengambil masa lapan jam dan membabitkan 'pengeluaran plat lama dan digantikan dengan plat baru' dan penyangkut tulang.

Pelumba berusia 27 tahun itu sebelum ini melakukan pembedahan sebanyak tiga kali sejak terbabit dalam kemalangan dalam perlumbaan pembukaan ketika berbaki empat pusingan di Jerez Julai lalu.

Honda tidak menjelaskan berapa lama Marquez akan kembali semula berlumba namun laporan akhbar sukan Sepanyol, Marca berkata, pelumba berkenaan tidak dapat beraksi sehingga Mei tahun depan.

Saingan 2021 dijadualkan akan bermula di Qatar pada hujung Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 10:33 AM