MARQUEZ dilihat memegang tangan kanannya pada sesi latihan bebas hari ini. FOTO AFP
MARQUEZ dilihat memegang tangan kanannya pada sesi latihan bebas hari ini. FOTO AFP
AFP

JUARA dunia, Marc Marquez tidak akan beraksi di Grand Prix (GP) Andalusia di Jerez selepas menarik diri pada sesi kelayakan hari ini, empat hari selepas selamat menjalani pembedahan di tangan.

"Marc Marquez tidak akan berlumba di GP Andalusia," tulis penganjur MotoGP di twitter selepas berakhir sesi kelayakan.

Juara dunia enam kali MotoGP itu patah tangan kanan selepas terbabit dengan kemalangan pada pusingan pertama GP Sepanyol di litar sama dan selamat menjalani pembedahan minggu lalu.

Dia dibenarkan untuk berlumba, Khamis lalu.

Pelumba Honda itu tidak beraksi pada sesi latihan bebas semalam dan bergelut pada sesi latihan bebas ketiga hari ini sebelum menarik diri pada sesi kelayakan tanpa mencatat masa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 11:51 PM