JOHN Cena ketika mengumumkan persaraannya. FOTO WWE
JOHN Cena ketika mengumumkan persaraannya. FOTO WWE
Agensi

Toronto: John Cena mengejutkan dunia WWE dengan mengumumkan persaraannya ketika di malam Pay-per-view Money in the Bank.

Cena masuk ke dalam gelanggang dengan gaya tersendiri di Toronto, Ontario, Kanada sebelum mengumumkan persaraannya.

"Malam ini, saya dengan rasminya mengumumkan persaraan saya dari WWE," katanya.

Wajahnya kelihatan keletihan ketika menyampaikan berita itu kepada peminatnya yang kemudian nyata terkejut dengan pengumuman itu.

Cena sudah bersama WWE sejak 2001 dan akan meninggalkan jenama itu selepas 24 tahun.

"Saya sudah melakukan perkara ini untuk sekian lama, saya telah berada di WWE selama lebih dua dekad.

"Sepanjang tempoh itu saya sudah menyaksikan perkembangan yang luar biasa seperti yang kita miliki sekarang.

"Tidak diragui WWE adalah pertandingan yang hebat kerana saya sudah melalui segala pengalaman berharga di sini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2024 @ 7:43 PM